23 Nov 2013

cuba.

aku cuba jadi yang terbaik sekarang.
mungkin bukan yang terbaik untuk dia,
tapi setidaknya aku dah buat sehabes baik bila dengan dia.
biar cerita  lama tu terkubur.
aku harap semua dapat buka buku baru.
yang lepas biarkan berlalu.
aku terima baik buruk dia.
aku terima caci maki orang lepasni.
biar orang semua tak tahu mana kelebihan dia
biar aku sorang je yang nampak mana lebihnya dia.
aku nampak. dari sekolah dulu.
kalau kurangnya dia, itu peranan aku.
lengkapkan kurangnya dia.
aku percaya, apa yang jadi semua ada hikmah.
tuhan rindu kita, dia nak kita dekat dengan dia.
dia nak kita selalu dengan dia.
dia nak kita betulkan diri kita sebab tu dia bagi ujian ni
percayalah, setiapa masalah ada penyelasaian.
Allah atur cantik kan ^^
Allah tak tak kan bebankan kita dengan ujian yang kita tak boleh tempuh.
mungkin ambil masa untuk masalah ni selesai.
bersabarlah, berdoa. doa kan senjata orang mukmin.
bertaubat, berubah, jangan ulang lagi silap dulu.
dunia ni tempat kita nak pulun habes buat ibadah untuk bekalan dekat akhirat.
dunia ni sekejap je.
ajal, dia nak mai, dia mai.
tapi syukur, allah sedarkan kita sebelum kita jumpa ajal.
tak apa, berubah pelan-pelan. yg penting istiqomah.

 Ya habibi,
aku menyayangimu kerana Allah.



Last, saya kenal sayang saya :)